Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat


Tarikh kemaskini: 04/11/2019





SHAH ALAM, 4 Nov  -- Kerajaan Selangor akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Stadium Shah Alam secara berperingkat berikutan kosnya yang terlalu tinggi, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Beliau berkata disebabkan jumlah kos mencecah RM250 juta itu, pihaknya membuat keputusan untuk tidak melaksanakan kerja-kerja membaik pulih secara sekaligus, sebaliknya memilih untuk memperbaiki perkara asas terlebih dahulu.

"...kalau mahu buat secara luaran sahaja, ia kurang bermakna kerana fungsi dalaman seperti sistem air dan elektrik mesti diperbetulkan dahulu. Jadi, kita betulkan perkara asas, kemudian baru luaran,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Ketua Pembangkang DUN Selangor, Rizam Ismail dalam sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2020 pada persidangan DUN hari ini yang meminta supaya kerajaan negeri membaik pulih stadium berkenaan. 

Jelas Amirudin, buat masa ini Stadium Shah Alam masih dalam keadaan baik termasuk beberapa kemudahan seperti padang dan struktur bangunannya.

Persidangan DUN bersambung esok.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel