Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga maut dalam dua kemalangan di Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 04/11/2019





BUKIT MERTAJAM, 4 Nov -- Dua rakan maut selepas  kereta dinaiki mereka di percayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori treler dalam kemalangan di Jalan Kulim, Machang Bubok di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata Ho Seng Yew, 29, yang memandu kereta itu dan rakannya Cheong Sik Liang,20, maut di tempat kejadian selepas tersepit dan mengalami kecederaan parah dalam kemalangan kira-kira pukul 1 tengah hari.

"Kereta jenis Perodua Myvi dinaiki dua lelaki itu datang dari arah Kulim menghala ke Bukit Mertajam telah masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan lori treler yang datang dari arah Bukit Mertajam. Pemandu lori berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Mizan, 39, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori ais dari arah belakang di Jalan Paya Keladi, Kepala Batas dekat sini hari ini.

"Dalam kemalangan pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa memberi isyarat untuk membelok masuk ke persimpangan Taman Bertam Perdana dan dalam  masa sama sebuah kereta yang berada di belakang motosikal lelaki itu turut mahu masuk ke simpang berkenaan sebelum lori ais merempuh belakang kedua-dua buah kenderaan itu," katanya.

Menurutnya akibat rempuhan itu menyebabkan belakang kereta remuk teruk manakala penunggang motosikal terpelanting beberapa meter dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel