Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelan anti rasuah Mindef banteras rasuah - Mohamad


Tarikh kemaskini: 04/11/2019





KUALA LUMPUR, 4 Nov  -- Kementerian Pertahanan sedang menyediakan Pelan Anti Rasuah Mindef, dalam usaha memastikan kementerian itu bebas daripada risiko rasuah, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kementerian berkenaan mengambil inisiatif melancarkan Buku Polisi Anti Rasuah Mindef yang menyenarai dan menekankan dasar-dasar yang dibangunkan, bagi membanteras gejala rasuah di Mindef.

“Kami tidak akan berkompromi terhadap isu-isu berkaitan integriti dan rasuah yang melibatkan warga Mindef," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Bulan Integriti 2019 dan Pelancaran Buku Polisi Anti Rasuah kementerian itu, di Wisma Pertahanan, di sini.

Pelancaran buku itu antara lain menzahirkan komitmen setiap anggota pentadbiran dan pengurusan tertinggi Mindef untuk menolak rasuah.

Mindef juga telah membangunkan beberapa lagi dasar iaitu Polisi Larangan Penerimaan dan Pemberian Hadiah, Polisi Pemberian Maklumat dan Polisi Percanggahan Kepentingan.

Mohamad berkata pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi memastikan semua warga Mindef berintegriti dan menolak rasuah, antaranya melaksanakan Sistem Pengurusan Anti Rasuah yang telah dipersijilkan oleh SIRIM QAS Sdn Bhd, pada Julai lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan kes pembelian helikopter tempur ringan MD530G, yang sehingga kini belum dibekalkan kepada Mindef walaupun 35 peratus dari nilai kontrak RM112.7 juta telah dibayar, beliau berkata ia telah dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

Beliau berkata pihaknya menyerahkan semua siasatan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya.

Pada Jumaat lepas, Mindef menjelaskan kelewatan penghantaran enam unit helikopter tempur ringan MD530G, yang melibatkan projek bernilai RM321.9 juta, disebabkan pelbagai isu teknikal, yang berkaitan dengan Syarikat Pembuat Asal (OEM).

Selain itu, Mindef memaklumkan semasa pembinaan kerajaan telah mengkaji semula kesesuaian alatan serta spesifikasi helikopter itu dan mendapati pindaan serta perubahan perlu dibuat, agar aset yang diterima itu memenuhi keperluan agensi.

-- BERNAMA


MAMA SN HIS

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel