Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan 2020 bagi peringkat dasar


Tarikh kemaskini: 04/11/2019




KUALA LUMPUR, 4 Nov  -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 atau Belanjawan 2020 bagi peringkat dasar selepas dibahaskan selama 12 hari sejak 14 Oktober lepas.

Ia diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof selepas diputuskan menerusi undian suara.

“Kerajaan ingin teruskan usaha supaya Malaysia bukan sahaja sebuah negara yang makmur, malah aman dan tenteram dengan hak rakyat akan dihormati, tidak dipecah-belahkan oleh sentimen-sentimen perkauman atau ekstremisme oleh pihak tertentu. 

“Kita kena ingat, Malaysia adalah milik semua rakyat Malaysia, tiada perbezaan dan tiada diskriminasi…dengan kita bersatu padu, barulah kita boleh mencapai kemakmuran bersama,” katanya semasa mengakhiri sesi penggulungan di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu persidangan bahawa kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengunjurkan untuk mengurangkan kadar hutang negara sehingga 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2023.

“(Bagi) Unjuran hutang langsung negara pada 2023, kita akan cuba kurangkan sebanyak yang boleh daripada kadar 77 peratus (pada masa) kini…jika kita boleh capai sehingga tahap itu, ia adalah sesuatu yang positif.

“Paling penting, walaupun kerajaan telah membuat pendedahan terbuka sehingga ke peringkat antarabangsa mengenai hutang langsung negara, penarafan kredit bagi Malaysia masih dikekalkan, ia sesuatu yang baik,” katanya.

Beliau berkata ini susulan pihak penarafan kredit memahami serta yakin bahawa kerajaan sangat komited dalam melaksanakan pembaharuan institusi supaya ketelusan dapat dipertingkatkan selain menangani pelbagai isu seperti melibatkan 1Malaysia Development Bhd.

Lim berkata demikian ketika menjawab celahan Datuk Seri Mohd Najib Razak (BN-Pekan) berkaitan unjuran hutang negara sehingga akhir penggal tempoh pentadbiran PH iaitu 2023.

Persidangan Dewan Rakyat akan bersambung semula esok.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel