Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPWKM tambah baik garis panduan Pusat Khidmat Krisis Sehenti - Wan Azizah


Tarikh kemaskini: 04/11/2019





KUALA LUMPUR, 4 Nov  -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini dalam proses menambah baik pelaksanaan garis panduan Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) untuk memastikan mangsa jenayah seksual atau keganasan mendapat bantuan yang menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian merujuk kepada OSCC yang ditempatkan di setiap Jabatan Kecemasan dan Trauma Kementerian Kesihatan.

Pada masa yang sama beliau juga menyeru semua wanita, tidak kira tua atau muda, supaya mengetahui akan hak masing-masing dengan mengambil tindakan merekod setiap kejadian, menyimpan semua bukti dan melaporkan kes kepada pihak polis.

“Tidak kira sama ada seseorang wanita itu bekerja atau tidak, wanita perlu berani membuat keputusan untuk menyelamatkan diri dan memperkasa diri mereka,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berhubung doktor dan peguam tersenarai sebagai pelaku kes keganasan rumah tangga serta penderaan ke atas isteri atau pasangan masing-masing secara mental dan fizikal.

Dalam laporan itu, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Malaysia, Sumitra Visvanathan mengesahkan kejadian kes keganasan rumah tangga kini bukan sahaja membabitkan lelaki daripada kelompok bermasalah dan penagih dadah, namun menjalar kepada golongan profesional.

Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kementerian fokus dalam usaha menubuhkan Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga sebagai platform pemantauan dan penyelarasan bagi menangani kes keganasan rumah tangga antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

KPWKM juga bekerjasama dengan Pertubuhan Pertolongan Wanita bagi melaksanakan Bengkel Komuniti Selamat, katanya.

Bagi melindungi golongan wanita, beliau berkata, negara selama ini mengguna pakai perundangan berkaitan keganasan rumahtangga iaitu Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel