Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri Pulau Pinang kemuka RFP bagi pembangunan pusat peranginan dan spa tepi pantai


Tarikh kemaskini: 04/11/2019





 

GEORGE TOWN, 4 Nov  -- Kerajaan Pulau Pinang mengemukakan Permohonan Untuk Cadangan (RFP) yang melibatkan pembangunan sebuah pusat peranginan dan spa di pinggir pantai di Batu Feringghi.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata RFP akan dibuka kepada pembida tempatan dan antarabangsa, dan ditutup hujung tahun ini, dengan lawatan tapak pilihan diadakan pada 21 November.

“Kawasan tanah (lokasi tapak cadangan pusat peranginan dan spa) adalah seluas 16,997 meter persegi, dan sebelum ini ia digunakan sebagai tapak pemindahan mangsa tsunami,” katanya dalam satu persidangan media di sini hari ini.

Beliau berkata RFP bagi projek itu seharusnya diusahakan oleh entiti swasta bagi menampilkan reka bentuk, membina, mengoperasi dan memindahkan ia untuk disewa bagi tempoh 30 tahun dengan pilihan untuk memperbaharuinya dua kali tempoh 30 berturut-turut.

“Entiti swasta berkenaan perlu mengemukakan bukti kukuh bahawa ia memiliki sokongan kewangan yang teguh dengan modal berbayar minimum RM5 juta dan boleh menguruskan kewangan bagi projek itu. Keseluruhan kos projek dianggar bermula daripada RM10 juta sehingga RM100 juta bergantung kepada jumlah bilik yang dicadangkan oleh pembiaya projek, maksima 100 bilik,” katanya.

Chow berkata projek pembangunan yang dirancang itu berbeza daripada projek penambakan 300 ekar (121.41 meter persegi) di luar pantai Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah oleh sebuah syarikat pemaju hartanah swasta.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menerima cadangan kerja-kerja penambakan daripada sebuah syarikat tempatan, namun masih belum membuat sebarang sebarang keputusan mengenainya setakat ini.

“Kerajaan negeri masih boleh memutuskan untuk menolak cadangan itu, tapi sekiranya kerajaan negeri berminat, kita mungkin akan mengemukakan RFP bagi mempelawa lebih banyak cadangan daripada lain-lain syarikat bagi menambahbaik idea, konsep dan juga komponen pembangunan projek itu, di samping pulangan kewangan kepada kerajaan negeri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel