Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAIPs perlu dana tambahan untuk projek pusat hemodialisis


Tarikh kemaskini: 05/11/2019





KUALA PERLIS, 5 Nov -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memerlukan sumbangan wang wakaf daripada orang ramai untuk mencukupkan perbelanjaan membina Bangunan Wakaf di kawasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nazim Mohd Noor berkata bangunan tersebut akan dijadikan Pusat Perkhidmatan Hemodialisis dibina dengan kos sebanyak RM6 juta bagaimanapun, sumbangan wakaf yang diterima setakat ini hanya RM1.4 juta.

“Sehubungan itu, MAIPs amat memerlukan sumbangan orang ramai untuk mencukupkan kos pembinaan tersebut sedangkan projek dijangka siap pada Januari 2020,” katanya semasa menyampaikan ceramah ‘Bersama MAIPs: Menjunjung Syiar, Memaju Ummah’ di sini malam tadi.

Katanya, sehingga 3 Nov lepas, kerja-kerja pembinaan bangunan berkenaan telah mencapai 91 peratus siap bagi membolehkan ia disiapkan mengikut jadual awal tahun hadapan.

Pusat Hemodialisis itu kelak akan memberi rawatan kepada para pesakit buah pinggang dengan mengutamakan mereka yang berada dalam kategori kurang mampu.

Sebarang sumbangan boleh dibuat dengan memasukkan wang ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad MAIPs pada nombor akaun 09010010063983.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel