Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Yayayan Perak bantu bina semula rumah musnah akibat tanah runtuh


Tarikh kemaskini: 05/11/2019





LARUT, 5 Nov -- Yayasan Perak akan membina rumah baharu menggantikan tiga rumah yang musnah akibat tanah runtuh di Kampung Teras, Ijok, Selama dekat sini, Jumaat lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari.

Beliau berkata Pejabat Daerah dan Tanah, Larut, Matang dan Selama telah mengenal pasti dua tapak baru di kawasan berdekatan iaitu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampung Teras atau RPT Redang Panjang untuk  pembinaan semula itu. 

Abdul Yunus berkata pada masa sama penghuni sembilan buah rumah berhampiran dengan lokasi kejadian tanah runtuh telah diminta mengosongkan sementara kediaman masing-masing atas nasihat polis dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk keselamatan.

"Tempoh untuk pengosongan rumah tersebut adalah antara dua hingga tiga minggu sementara menunggu laporan daripada Jabatan Mineral dan Geosains serta dan JKR.

Pada masa sekarang, penghuni-penghuni berkenaan telah menumpang sementara di rumah keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Dalam kejadian 6 petang pada 25 Okt lepas, seorang lelaki warga emas maut akibat tertimbus tanah runtuh yang menghempap rumahnya. 

Runtuhan itu juga menyebabkan Jalan Rantau Panjang-Lata Tebing Tinggi, Ijok turut runtuh dan ditutup kepada pengguna sehingga kini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel