Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan 39 nelayan positif dadah di Kuala Kedah


Tarikh kemaskini: 05/11/2019





ALOR SETAR, 5 Nov -- Seramai 39 nelayan ditahan dalam Operasi Rintis Perdana yang dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Setar di perairan Kuala Kedah di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata seramai 42 nelayan menjalani saringan air kencing dan 39 daripada mereka didapati positif dadah jenis morfin dan metamphetamine.

Katanya, seramai empat warganegara Thailand turut ditahan dalam operasi yang dijalankan bermula pada 9 pagi hingga 5 petang itu.

“Operasi bertujuan mengekang kegiatan penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan di sekitar kawasan tersebut, di samping mencegah perlakuan jenayah maritim lain.

“Ianya juga bertepatan dengan Projek Rintis Agensi Antidadah Kebangsaan dalam menangani masalah sosial tersebut di kawasan perairan negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, semua yang ditahan berusia antara 16 hingga 52 tahun dan mereka dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut oleh pihak AADK.

Mahmad Faizal menjelaskan, operasi bersepadu tersebut turut disertai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daerah Kota Setar serta Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Kita tidak akan berkompromi terhadap aktiviti yang melanggar undang-undang perairan negara dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penyalahgunaan dadah dan sebarang aduan di laut menghubungi talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel