Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UMK meterai perjanjian memartabatkan warisan ke persada antarabangsa


Tarikh kemaskini: 05/11/2019





BACHOK, 5 Nov -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Universitas Trisakti dari Indonesia dalam usaha memartabatkan warisan negara ke persada antarabangsa.

Dekan FTKW Prof Madya Ahamad Tarmizi Azizan berkata memorandum itu bakal membuka peluang jaringan penyelidikan antara ahli akademik dan pelajar yang lebih luas bagi kedua-dua universiti.

"Ia juga akan menjadi platform kepada para penyelidik untuk berkongsi ilmu, pengalaman, idea dan sumbangan penyelidikan mereka dalam bidang teknologi kreatif dan warisan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani MoU itu bersama Dekan Fakultas Seni Rupa dan Desain Doktor Sangayu Ketut Laksemi sempena Persidangan Antarabangsa Teknologi Kreatif dan Warisan (ICCTH) di UMK Bachok di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK Prof Dr Zaliman Sauli.

ICCTH adalah program bertaraf antarabangsa yang julung kali diadakan oleh FTKW bertujuan menghimpunkan semua pihak yang berkepentingan untuk berkongsi perkembangan terkini mengenai isu-isu teknologi kreatif dan warisan.

Sebanyak 40 kertas kajian turut dibentangkan pada program itu oleh universiti tempatan dan luar negara termasuk Prince Songkla University, Universitas Negeri Semarang, Universitas Sebelas Maret, Yala Rajabhat University, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Persidangan itu juga dimeriahkan dengan pelbagai pameran termasuk pameran seni antarabangsa Bachok yang menampilkan 150 hasil karya seni 50 artis tempatan dan luar negara, animasi wayang kulit dan animasi 3D Serikandi, busana melayu dan tanjak serta pameran kartun antarabangsa.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel