Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Kelantan erat kerjasama tutup laluan laut jenayah rentas sempadan


Tarikh kemaskini: 05/11/2019





PASIR PUTEH, 5 Nov -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  (APMM) akan mengeratkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan persekutuan yang lain terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan  dalam usaha menutup laluan laut kepada jenayah rentas sempadan.

Pengarah APMM Kelantan, Komander Maritim, Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan PDRM di Ibu Pejabat  Polis Kontinjen Kelantan (IPK), semalam bagi urusan penyelarasan .

“Kunjungan itu untuk membincangkan perkembangan semasa berhubung ketenteraman awam dan jenayah rentas sempadan itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media di sini, hari ini.

Muhd Nur Syam Asmawie berkata,  antara yang ditekankan termasuk aktiviti berkaitan penyeludupan menerusi laut  dan menutup laluannya kepada mana-mana pihak atau sindiket yang menjalankan jenayah terutama penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Perbincangan yang positif  itu  sudah pasti akan meletakkan pasukan penguatkuasa selangkah ke hadapan dalam membanteras jenayah penyeludupan sekali gus meningkatkan ketenteraman awam, mengurangkan masalah sosial dan memakmurkan negeri Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh terdekat pula pihaknya akan turut mengadakan pertemuan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Perikanan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Panglima Markas 8 Briged bagi membincangkan hal yang berkaitan.

-- BERNAMA     


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel