Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tanah runtuh di laluan Genting-Amber Court


Tarikh kemaskini: 05/11/2019





KUANTAN, 5 Nov  -- Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands dekat sini, kira-kira 5.40 petang tadi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad. 

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada kemalangan atau kematian dilaporkan dalam kejadian yang berlaku berhampiran dengan ruang pameran sebuah syarikat hartanah di situ.  

“Tanah runtuh itu telah menyebabkan laluan ke sebuah apartmen di situ secara keseluruhannya ditutupi tanah dan buat masa ini, kerja pembersihan sedang dilakukan. 

“Bagaimanapun, laluan yang terlibat bukan laluan utama ke pusat pelancongan tanah tinggi itu, sebaliknya jalan untuk ke kawasan lain di Genting Highlands,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Nor Hisham berkata selain pihak bomba, operasi pembersihan juga dibantu kontraktor yang melakukan kerja pembinaan di tanah tinggi tersebut. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel