Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laluan khas untuk pengundi kerja, tinggal di Singapura balik mengundi PRK Tanjung Piai


Tarikh kemaskini: 05/11/2019





PONTIAN, 5 Nov  -- Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan kerjasama memberikan kemudahan dengan membuka laluan khas kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang bekerja atau tinggal di Singapura untuk balik mengundi 16 Nov ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar menerusi kenyataan bersama berkata laluan khas itu dibuka di kaunter Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor Bahru.

“Laluan khas ini terhad untuk pengundi yang menggunakan pengangkutan bas dan kereta sahaja,” kata Khairul Dzaimee dan Mohamed Elias menerusi kenyataan itu.

Di BSI, laluan khas kereta melibatkan empat kaunter di Zon D dan bas melibatkan kaunter 1,2,3 dan 4, manakala di KSAB, laluan khas kereta melibatkan empat kaunter di laluan kontra manakala Dewan Pelancong melibatkan 12 kaunter.

Waktu operasi yang ditetapkan selama 24 jam pada Jumaat manakala 12.01 pagi hingga 4 petang pada Sabtu.

Bagi tujuan mengenal pasti pengundi bagi PRK Parlimen Tanjung Piai, mereka dinasihatkan supaya membawa bersama slip maklumat semakan daftar pemilih yang mengandungi maklumat pengundian bagi PRK Tanjung Piai dengan slip terbabit boleh dicetak dari portal SPR, https://pengundi.spr.gov.my.

“Selain itu, pengundi juga boleh membuat semakan daftar pemilih di aplikasi MySPR Semak di telefon pintar masing-masing dan menunjukkan maklumat tersebut kepada pegawai Imigresen yang bertugas.

“Maklumat semakan daftar pemilih tersebut adalah bagi pengesahan mereka adalah pengundi bagi PRK Tanjung Piai untuk membolehkan mereka menggunakan laluan khas yang disediakan,” menurut kenyataan itu lagi.

Bagi memastikan inisiatif berkenaan berjalan lancar, Imigresen akan memastikan sistem pemeriksaan berfungsi dengan baik serta melibatkan pegawai yang bertugas lebih masa dan penugasan semula pegawai-pegawai akan turut dilaksanakan bagi membantu aspek operasi dan kawalan dalam pelaksanaan laluan khas ini.

“Hebahan maklumat berhubung pelaksanaan laluan khas tersebut akan dibuat dari semasa ke semasa melalui media massa dan media sosial iaitu di Facebook dan Twitter Imigresen dan SPR untuk memastikan pengundi maklum akan kemudahan yang disediakan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan, para pengundi boleh menghubungi Imigresen di talian 03-88801555 atau SPR di talian 03-88927018 yang dibuka pada waktu pejabat sehingga 5.30 petang, 16 Nov.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel