mJSDcO5c-rE Lebih 20 akaun FB palsu burukkan calon PH dikesan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 20 akaun FB palsu burukkan calon PH dikesan


Tarikh kemaskini: 06/11/2019




PONTIAN, 5 Nov  --  Pakatan Harapan (PH) mengesan lebih 20 akaun Facebook palsu yang memburukkan calon parti itu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Timbalan Pengerusi Amanah Johor Zulkefly Ahmad berkata kewujudan akaun itu berniat untuk “merendah-rendahkan” calon PH, Karmaine Sardini, 66, dengan cara yang sangat negatif.

"Jumlah (akaun FB palsu) saya rasa banyak dan lebih 20 yang dalam pemantauan termasuk berkaitan calon kita, Haji Karmaine Sardini," katanya kepada pemberita ketika menyertai kempen di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Peradin di Kampung Belokok dekat sini malam ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri berkata pihaknya akan terus memantau keadaan ini bagi memastikan semua calon boleh berkempen secara sihat.

Pihaknya juga kata beliau, tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika didapati terdapat unsur-unsur fitnah disebarkan oleh akaun berkenaan.

“Namun sehingga kini tiada laporan rasmi diterima berhubung akaun ini dan oleh itu, kita menggalakkan rakyat atau pengamal media yang mendapat berita palsu supaya membuat laporan polis atau kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) secara dalam talian,” katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel