Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Harga sawit meningkat di bawah kerajaan PH - MB Johor


Tarikh kemaskini: 06/11/2019





PONTIAN, 5 Nov  -- Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal mempertahankan kenyataan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Karmaine Sardini bahawa harga kelapa sawit pada masa ini adalah lebih tinggi. 

Ini kerana menurutnya pada bulan lepas, harga komoditi itu telah naik sehingga RM350 satu tan, sekaligus menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini sudah pun melakukan yang terbaik untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat.

“Jadi, kita semua kena peka, kena maklum dan kena tahu. Jangan menggelabah terutama bagi pemimpin-pemimpin kita.  Kita kena bersyukur bahawa kerajaan membuat yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita pada kempen PH di Pusat Daerah Mengundi Peradin, Teluk Kerang di Kampung Belokok di sini, malam ini, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Karmaine baru-baru ini berhubung kejatuhan harga komoditi berkenaan.

Baru-baru ini, Karmaine dilaporkan menyebut bahawa rakyat sepatutnya bersyukur kerana semasa pentadbiran Barisan Nasional harga sawit pernah jatuh ke paras RM84 bagi satu tan.

Sementara itu, mengulas dakwaan bahawa terdapat segelintir nelayan di Tanjung Piai masih belum menerima wang sagu hati atau wang ihsan daripada kerajaan seperti yang pernah dinikmati ketika zaman BN , Sahruddin berkata akan ada berita mengenai perkara itu selepas mesyuarat exco kerajaan negeri, esok. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel