Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Genting Highlands: Operasi pembersihan tanah runtuh dijangka selesai malam ini


Tarikh kemaskini: 06/11/2019





KUANTAN, 6 Nov -- Operasi pembersihan tanah runtuh di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands dekat sini, dijangka selesai malam ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Yusry Abdullah Sani bagaimanapun berkata, operasi itu akan dihentikan sekiranya cuaca hujan atas faktor keselamatan. 

"Ini kerana kami mendapati pergerakan tanah masih ada dan sesekali berlaku runtuhan kecil. Jika cuaca baik sepanjang hari, kemungkinan operasi boleh ditamatkan mengikut jadual. 

"Setakat ini, kita telah membuat laluan alternatif hanya untuk laluan turun menggunakan kenderaan ringan dan pejalan kaki sahaja," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Yusry berkata operasi pembersihan hari ini melibatkan 41 anggota pelbagai agensi seperti bomba, polis, Jabatan Perhutanan dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta dibantu kontraktor swasta di pusat peranginan itu. 

Beliau juga mengesahkan 200 pelancong yang dilaporkan terperangkap di dalam sebuah hotel dan pangsapuri perkhidmatan yang terletak berhampiran lokasi kejadian juga sudah selamat dikeluarkan awal pagi tadi. 

"Mereka dibawa dengan berjalan kaki secara berperingkat dalam kumpulan kecil dengan kumpulan terakhir keluar pada 4 pagi tadi. Pihak hotel menyediakan kenderaan perantara untuk membawa mereka ke lokasi selamat," katanya. 

Kejadian tanah runtuh itu berlaku sekitar 5.40 petang semalam, ekoran hujan lebat yang berterusan sejak 4 petang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Runtuhan itu bagaimanapun tidak melibatkan laluan utama ke Genting Highlands kerana ia berlaku di laluan untuk ke kawasan lain di pusat peranginan tanah tinggi terkenal itu. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel