Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nelayan Johor Selatan terima bantuan khas RM1,000 bermula minggu depan


Tarikh kemaskini: 06/11/2019





ISKANDAR PUTERI, 6 Nov  -- Seramai  1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan akan menerima bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 bermula minggu depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Katanya, pemberian bantuan khas yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta itu akan berikan secara berperingkat melalui tiga fasa.

"Kawasan yang terlibat (pemberian bantuan khas) termasuk di Gelang Patah dan Pulai (432 nelayan), Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau (537) serta Pontian dan Tanjung Piai (544 nelayan).

"Pembayaran akan dibuat secara tiga fasa bermula pada minggu hadapan tetapi  tarikhnya akan dimaklumkan oleh Exco nanti dan biasanya kami akan bagi secara serahan tangan," katanya kepada pemberita  di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di sini hari ini.

Dr Sahruddin dalam pada itu menafikan dakwaan bahawa  bantuan yang diberikan sebagai 'gula-gula' sempena pilihan raya Tanjung Piai dan pemberian bantuan ini tidak tertangguh seperti yang dilaporkan kerana bantuan ini telah diberikan sejak tahun 2015.

"Bantuan khas ini bukanlah bermakna kami (kerajaan) wajib (bagi) setiap tahun, selagi ada wang di Tabung Pembangunan Nelayan Negeri Johor yang ditubuhkan pada 8 Jan 2015, kami akan bagi dan sebetulnya pemberian ini tidak tertangguh sebab data nelayan ini sentiasa berubah, kita tunggu bancian daripada LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia).

"Bantuan ini diberikan kepada nelayan pantai yang terjejas dengan pembangunan di kawasan Johor Selatan dan sepatutnya tidak menjadi isu," katanya lagi. 

Beliau dalam pada itu mengharapkan bantuan yang diberikan dapat mengurangkan beban nelayan yang terjejas berikutan pembangunan di kawasan berkenaan.

Sebelum, ini laporan media yang memetik dakwaan segelintir masyarakat nelayan di Tanjung Piai bahawa wang sagu hati atau wang ihsan yang pernah dinikmati sejak 2016, masih belum diterima sehingga kini.

Dakwaan itu antara lain menyebut nelayan telah diberikan wang ihsan sebanyak RM2,000 pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum dijanjikan RM1,000 oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel