Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Johor teliti insentif kepada pasukan JDT juarai Piala Malaysia


Tarikh kemaskini: 06/11/2019





ISKANDAR PUTERI, 6 Nov -- Kerajaan Johor sedang meneliti insentif khas kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berikutan pasukan itu menjuarai perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah, Sabtu lalu.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata jumlah dan bentuk insentif akan diumumkan dalam masa terdekat. 

"Insya-Allah kerajaan Johor akan memberi sedikit insentif kepada pasukan JDT. Berapa...tunggu...," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Sabtu lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menjulang Piala Malaysia 2019 selepas menewaskan Kedah 3-0 pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada perlawanan yang disaksikan 82,420 penyokong itu, JDT memberikan persembahan cemerlang seawal permainan sehingga menghasilkan dua gol di separuh masa pertama sebelum melengkapkan kemenangan 3-0 menerusi gol tunggal di separuh masa kedua.

Kemenangan itu membolehkan JDT menebus kekecewaan final edisi 2014 di venue sama, selain melakar kemenangan kedua ke atas Kedah di pentas final selepas kejayaan menamatkan kemarau 26 tahun menjuarai Piala Malaysia pada edisi 2017.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel