Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penggunaan internet dalam kalangan remaja membimbangkan - MCPF


Tarikh kemaskini: 06/11/2019





KOTA BHARU, 6 Nov -- Penggunaan internet dalam kalangan belia di negara ini semakin membimbangkan apabila golongan itu memperuntukkan kira-kira lapan jam sehari berada dalam talian.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata hasil kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun lepas itu menunjukkan golongan belia telah terjebak dengan permasalahan era digital yang dikenali sebagai "digital drug".

"Kajian itu juga mendapati bahawa purata penggunaan internet rakyat Malaysia adalah selama enam jam sehari dimana 93.1 peratus pengguna mengakses melalui telefon pintar.

"Amalan yang tidak sihat ini pastinya membimbangkan  semua pihak dan mendedahkan rakyat negara ini dengan pelbagai jenayah siber termasuk penipuan dalam talian," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian penutup Program Pencegahan Jenayah Dalam Kalangan Remaja Peringkat Negeri Kelantan 2019 di sini, hari ini.

Lee berkata menyedari wujudnya ancaman dan jenayah siber yang kini semakin berleluasa MCPF telah mengambil langkah menerbitkan buku panduan AWASpada (Awas Media Sosial dan Permainan Dalam Talian) yang dijangka akan diedarkan kepada sekolah di seluruh negara bulan hadapan.

Katanya buku panduan itu bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna media sosial mengenai tatacara melayari dan menggunakan media sosial bagi mengelakkan pelajar melakukan atau menjadi mangsa jenayah siber.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel