Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lima suspek curi 85 buah mesin Bitcoin bernilai RM42,500


Tarikh kemaskini: 06/11/2019




SEREMBAN, 6 Nov -- Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita termasuk dua warga Indonesia dipercayai mencuri 85 buah mesin Bitcoin bernilai RM42,500, di sebuah kedai penyimpanan barang di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata kesemua suspek itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan pada Sabtu lepas di sekitar Seremban dan Nilai antara pukul 12 tengah malam sehingga 4.30 pagi dan polis turut merampas sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda serta beberapa peralatan untuk menebuk konkrit daripada suspek.

"Pada 29 Okt lepas, seorang penjaga premis kedai membuat laporan polis, berikutan kehilangan 85 buah mesin Bitcoin bernilai RM42,500 yang disimpan di tempat simpan barang.

“Berikutan itu, polis melakukan beberapa serbuan sebelum menahan kesemua suspek berusia antara 25 dan 46 tahun yang antaranya bekerja sebagai peniaga, buruh binaan dan penganggur,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mohd Said berkata berdasarkan siasatan awal pihaknya mendapati suspek ini telah menyewa sebuah premis bersebelahan dengan kedai yang menyimpan mesin Bitcoin tersebut untuk sehari sahaja, sebelum bertindak menebuk dinding premis berkenaan dan melarikan mesin perlombongan Bitcoin itu.

“Tujuan mereka menyewa bersebelahan kedai terbabit adalah untuk memantau pergerakan mesin perlombongan Bitcoin itu dan motif mereka mencuri mesin itu dipercayai untuk mengendalikan sendiri mesin tersebut.

Mohd Said berkata kesemua suspek didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hubungan mereka adalah sebagai rakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel