Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KUFC tambah aura bola sepak Kelantan


Tarikh kemaskini: 06/11/2019





KOTA BHARU, 6 Nov -- Kehadiran Kelantan United FC (KUFC) dalam saingan Liga Premier musim depan memeriahkan bola sepak di negeri itu apabila turut bersaing dengan pasukan The Red Warriors (TRW).

Presiden KUFC Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata penyertaan KUFC dalam liga berkenaan menambah aura sokongan peminat bola sepak Kelantan.

"Saya melihat penyertaan kami (KUFC) ke Liga Premier dalam suasana yang cukup positif kepada peminat bola sepak negeri ini.

"Dua pasukan dari Kelantan bersaing dalam liga yang sama akan menambah lagi kesungguhan pasukan masing-masing bagi membuktikan kemampuan tersendiri," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Pada perlawanan terakhir Liga M3 semalam, KUFC mengesahkan kejuaraan liga itu apabila terikat 2-2 menentang ATM FC di Stadium KLFA, Cheras, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan KUFC mengumpul 66 mata selepas 26 perlawanan, sekali gus tidak mampu dicabar oleh Kuching FA yang berada di kedudukan kedua biarpun berbaki dua perlawanan. 

Che Abdullah berkata pihaknya sudah bersedia untuk menyahut cabaran beraksi di liga yang tinggi musim depan.

"Pada dasarnya dari segi pengurusan kami bersedia untuk mempersiapkan pasukan berdepan pasukan lebih kuat pada musim 2020.

"Kami tidak meletakkan KUFC sebagai persaingan kepada TRW atau menjadi pilihan kepada penyokong namun kedua-kedua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel