Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PRK Tg Piai : PAS turun ke Tanjung Piai sokong calon MCA


Tarikh kemaskini: 07/11/2019





 

PONTIAN, 6 Nov  -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam ini mengesahkan bahawa parti itu turun ke Tanjung Piai untuk menyokong MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan parlimen itu.

Beliau berkata itu adalah isyarat untuk memastikan kemenangan calon BN Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng merampas kerusi parlimen itu.

"PAS boleh menyokong calon MCA yang dianggap bukan Islam...perlu difahami Islam yang diajar bukan sahaja satu agama tetapi Islam juga adalah cara hidup, antaranya Islam mengajar kita hidup bermasyarakat yang majmuk.

"Walau kita berbeza pendapat tapi ada sepakat dan bersama untuk Malaysia dalam satu bahtera. Calon MCA adalah mewakili kita semua," katanya dalam ucapan pada Ceramah Perdana BN di Rimba Terjun, di sini.

Turut hadir Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Jeck Seng.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata kehadiran PAS adalah manifestasi parti itu tidak mengiktiraf calon Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) yang turut bertanding pada PRK itu.

"PAS dokong calon diwakili MCA, yang paling menyejukkan hati kita walaupun ada calon Berjasa. PAS tidak iktiraf dan tidak beri dokongan pada calon Berjasa," katanya.

Berjasa merupakan sekutu PAS bawah Gagasan Sejahtera.

Pengundian bagi PRK Parlimen Tanjung Piai ditetapkan 16 Nov ini, susulan kematian Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, dari Pakatan Harapan (PH) pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

Ia merupakan pertandingan enam penjuru melibatkan calon PH Karmaine Sardini, BN yang diwakili Jeck Seng; Wendy Subramaniam (Gerakan) , Datuk Dr Ir Badhrulhisham Abdul Aziz mewakili Berjasa dan dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel