Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

FAMA Kelantan beri sumbangan hampir RM10,000 kepada golongan asnaf


Tarikh kemaskini: 07/11/2019





KOTA BHARU, 7 Nov  -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan menyampaikan sumbangan hampir RM10,000 bagi Program Jom Kongsi Rezeki @ Pasar Tani di negeri ini. 

Pengarah FAMA negeri Wan Nora Wan Ahmad berkata, sumbangan berkenaan hasil daripada penduduk setempat dan peniaga di bawah kelolaan FAMA di negeri ini dengan nilai sumbangan sebanyak RM50 setiap penerima. 

“Program julung kali yang diadakan di negeri ini menyasarkan seramai 200 orang penerima melibatkan golongan asnaf termasuk ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga anak-anak yatim piatu di lima lokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jom Kongsi Rezeki @ Pasar Tani di Pasar Tani Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah FAMA negeri Mohd Hafiz Nurulhuda.

Wan Nora berkata lima lokasi yang terlibat adalah Pasar Tani Taman Bendahara, Pengkalan Chepa bagi lokasi pertama, dan akan dilaksanakan secara berperingkat di Pasar Tani Machang, Pasar Tani Pasir Tumboh, Pasar Tani Tanah Merah dan Pasar Tani Ayer Lanas, Jeli. 

Wan Nora, pengunjung dan para peniaga pada program itu juga berkesempatan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas termasuk beras, tepung gandum, minyak dan sayur-sayuran kepada 42 penerima golongan asnaf.

Katanya, pengunjung yang berkunjung ke tapak program anjuran FAMA hari ini juga boleh membuat sumbangan dengan membeli barangan di sekitar program dan diserahkan di Booth Jom Kongsi Rezeki.

“Terdapat rakan strategik dari badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Prihatin Insan yang telah menjalin kerjasama dengan FAMA bagi mendapatkan maklumat penerima yang layak menerima sumbangan daripada program ini di sekitar radius 5 kilometer dari kawasan Pasar Tani yang terlibat.

“Diharap dengan adanya program ini ia dapat sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan selain menjadi salah satu cara pihak FAMA mendekati masyarakat setempat,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel