Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Basikal lajak: Bimbing bukan hukum - Syed Saddiq


Tarikh kemaskini: 07/11/2019





MUAR, 7 Nov -- Golongan generasi muda yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak perlu diberi bimbingan bagi menjadikan mereka insan yang berjaya dan bukan dihukum, kerana terlibat dengan kegiatan tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Muar berkata segelintir daripada masyarakat di negara ini suka menghukum dan gagal membimbing, namun sebaliknya generasi muda ini perlukan bantuan dan menjadi tanggungjawab masyarakat untuk menghulur bantuan tersebut.

Katanya di sebalik kutukan yang diterimanya kerana mengambil pendirian membimbing golongan ini, beliau memilih untuk terus melatih mereka dengan pendidikan TVET, mendidik tentang keselamatan jalan raya dan memasukkan mereka ke Program Pembangunan Berbasikal Negara.

"Saya akan terus mendekati komuniti ini. Saya mahu mereka jadi anak-anak yang berjaya. Saya mahu mereka berbasikal dengan selamat dan mengasah bakat mereka dengan cermat. Saya tidak mahu lihat tragedi yang sama berulang.

"Kehilangan nyawa yang menyedihkan semua. Kita harus belajar dari kesilapan. Marilah kita mencari jalan membantu dalam membimbing golongan muda ini sehingga berjaya. Kita perlu lakukan untuk Malaysia,” katanya menerusi kenyataan bertajuk 'Menteri Mat Lajak' di sini hari ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel