Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat lelaki ditemukan di Sungai Kim Kim


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





JOHOR BAHRU, 8 Nov  -- Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mulai kembung ditemukan di dalam Sungai Kim Kim, berhampiran sebuah kolam memancing di Jalan Cermai, Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang, di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata mayat mangsa dipercayai warga tempatan dianggarkan berusia lewat 40 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada pukul 11.41 pagi Rabu lalu.

Katanya, ketika ditemui mangsa hanya berseluar trek berwarna hitam. 

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan daripada kawasan sungai tersebut dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Bagaimanapun, pemeriksaan awal pasukan forensik terhadap mayat tidak menjumpai sebarang tanda kecederaan yang boleh dikaitkan dengan kejadian jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, ciri-ciri fizikal mangsa antaranya mempunyai susuk tubuh tegap, ketinggian 170 sentimeter, berkulit cerah dan anggaran berat 90 kilogram.

“Kesan parut suntikan vaksin Bacille Calmette Guerin (BCG) juga tidak dapat dilihat kerana keadaan mayat sudah kembung,” katanya.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ismail berkata, dalam masa sama pihak polis memohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai mangsa atau ada saudara-mara yang hilang dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel