Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak peruntuk RM16 juta bagi projek hidrogen


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





KUCHING, 8 Nov   -- Sarawak memperuntukkan sejumlah RM16 juta bagi pelaksanaan stesen isian semula dan loji pengeluaran hidrogen bersepadu, termasuk bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan  berkaitan hidrogen, kata Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil.

“Bagi cadangan jumlah stesen dan loji yang akan dibina di negeri ini pada masa akan datang, ia bergantung kepada kajian keseluruhan mengenai berapa banyak yang diperlukan nanti,” katanya semasa menjawab soalan Violet Yong (PH-Pending) dalam sesi Pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Dr Jerip memberi jaminan bahawa semua langkah keselamatan telah diambil kira bagi memastikan bahan api melibatkan hidrogen bukan sahaja selamat digunakan tetapi mesra alam sekitar.

Mengulas lanjut, beliau berkata teknologi hidrogen adalah teknologi saintifik yang sangat kukuh dan  digunakan secara meluas di negara maju seperti Jerman, Kanada, China, Amerika Syarikat, England dan Scotland.

“Negara ini telah mewujudkan standard keselamatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang kukuh dalam teknologi ini dalam usaha memastikan ia selamat serta mampan," katanya.

Mengenai isu cecair hidrogen tercemar yang berlaku di stesen dan loji hidrogen sebelum ini, beliau berkata  perkara itu berjaya diselesaikan sepenuhnya oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Linde EOX Sdn Bhd, yang merupakan penyelia teknologi semasa tempoh percubaan prestasi.

“Isu cecair tercemar itu berlaku berikutan terdapat perbezaan pelbagai tekanan di dalam loji berkenaan,” katanya.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel