Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua taman bunga di Taman Botani Perdana ditutup secara berfasa - DBKL


Tarikh kemaskini: 08/11/2019




KUALA LUMPUR, 8 Nov-- Taman Orkid dan Taman Bunga Raya di Taman Botani Perdana di sini ditutup secara berfasa sehingga 8 Okt 2020 bagi kerja-kerja naik taraf. 

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Khairul Azmir Ahmad berkata kerja-kerja menaik taraf telah bermula pada 10 Okt lalu selaras dengan Pelan Tindakan Pembangunan Taman Botani Perdana Fasa Dua. 

"Sepanjang kerja-kerja penaiktarafan dijalankan, laluan alternatif disediakan kepada pengunjung taman bagi memudahkan pergerakan keluar masuk ke dalam taman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, DBKL menasihatkan pengunjung supaya berhati-hati sewaktu berada dalam kawasan taman terutamanya berhampiran kawasan-kawasan kerja-kerja penaiktarafan.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel