Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah senarai enam spesies ikan baharu terancam tahun ini


Tarikh kemaskini: 08/11/2019




SANDAKAN, 8 Nov  -- Jabatan Perikanan Sabah menyenaraikan enam spesies ikan terancam terbaharu dalam Akta Perikanan 1985 tahun ini.

Penolong Pengarah Pengurusan Sumber Marin Jabatan Perikanan Sabah Lawrence Kissol berkata spesies ikan terancam terbaharu itu melibatkan empat spesies ikan yu dan dua spesies ikan pari.

"Dalam Akta Perikanan 1985, kini ada 36 spesies terancam yang perlu dikawal.

"Untuk itu, Jabatan Perikanan Sabah menjelajah ke 17 daerah di Sabah, khususnya daerah marin, bagi memberi pemahaman mengenai spesies marin yang tidak boleh ditangkap dan dijual," katanya kepada pemberita selepas Program Sosialisasi Spesies Terancam di sini, hari ini.

Menurut Kissol, empat spesies yu yang tersenarai sebagai spesies terancam itu ialah yu tukul (Sphyma zygaena); yu tukul parang (Sphyma mokarran); yu tukul palang (Eusphyra blochii), dan yu sirip putih besar (Carcharhinus longimanus).

Manakala, dua spesies pari terancam ialah jenis pari tanduk masing-masing dikenali dengan nama saintifik Mobula birostris dan Mobula alfredi.

Kissol turut menasihati masyarakat maritim di seluruh negeri, khususnya nelayan, supaya melepaskan spesies marin terancam kembali ke laut jika mendapati hidupan marin berkenaan tertangkap atau tersangkut pada pukat nelayan.

Beliau menghargai keprihatinan masyarakat keseluruhan, khususnya nelayan dan penjual ikan, agar disalurkan maklumat betul dan panduan bagi membolehkan mereka mematuhi undang-undang berkaitan perikanan dengan lebih baik.

Pada program itu, Kissol menggantungkan poster yang tertera gambar dan maklumat mengenai spesies marin terancam di Pasar Umum Sandakan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel