Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

19 mangsa banjir di Membakut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





KOTA KINABALU, 8 Nov   -- Sembilan belas orang daripada lapan keluarga yang merupakan mangsa banjir dari Daerah Kecil Membakut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan petang ini, mereka terdiri 14 dewasa, lima kanak-kanak dipindahkan di PPS Dewan Selagon.

Kenyataan itu berkata sebanyak 11 kampung di Membakut terjejas banjir iaitu di Kampung Lumantak, Baitam, Sinoko, Bambangan, Baru, Kayai, Lampuas, Sindok, Siniko, Laut,  dan Jambatan Baru. 

Menurut kenyataan itu, terdapat jalan raya utama terjejas dan tidak boleh dilalui di Jalan Kampung Baitam Laut, manakala jalan utama lain boleh dilalui semua jenis kenderaan,

Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel