Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak sedia bantu WCC dengan pelbagai projek berkaitan kraf


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





KUCHING, 8 Nov  -- Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan Majlis Kraf Dunia (WCC) Antarabangsa dan WCC Rantau Asia Pasifik berhubung projek serta pameran berkaitan kraftangan di Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain menjadi negeri pertama di Malaysia yang diiktiraf sebagai Bandaraya Kraf Antarabangsa oleh majlis berkenaan,  Sarawak turut menerima pelbagai anugerah antarabangsa berkaitan kraf, katanya.

Ini termasuk pengiktirafan kecemerlangan  oleh Persatuan Pembangunan dan Promosi Kraftangan UNESCO-ASEAN (AHPADA) sejak penubuhannya pada 2001, katanya ketika merasmikan Forum Rangkaian Bandaraya Kraf Dunia, yang diadakan bersempena forum dwi tahunan dunia mengenai eko serat dan tekstil kali ke-10, yang diadakan di sini hari ini.

Abang Johari berkata Sarawak turut menyaksikan kebangkitan semula banyak kraf tradisionalnya sejak beberapa tahun lepas.

"Kain songket Melayu dan sulaman keringkam telah dihidupkan kembali, manakala hiasan manik Orang Ulu kini menjadi aksesori fesyen yang digayakan dengan meluas oleh kalangan lelaki dan wanita,” katanya.

Abang Johari berkata forum itu membincangkan subjek yang berkaitan kerana dalam era dan ketika ini, pun apa yang dianggap sebagai pakaian kebangsaan masih boleh diperdebatkan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Presiden WCC Antarabangsa Rosy Greenless, Presiden WCC Asia Pasifik Dr Ghada Hijjawi Qaddumi dan Presiden AHPADA Edric Ong, yang juga Presiden Persatuan Atelier Sarawak.

Forum tiga hari itu yang bertemakan ‘Pakaian dan Identiti Budaya’ menghimpunkan penceramah, pereka fesyen dan perwakilan dari 20 negara, termasuk Indonesia, Filipina,  Singapura, India, Bangladesh, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Oman, Iran, Jepun serta Amerika Syarikat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel