Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

'Sakura Science Exchange Programme', kerjasama UTHM dengan empat universiti empat negara


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





BATU PAHAT, 8 Nov -- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjalin kerjasama dengan empat institusi pendidikan dari empat negara menerusi program ‘Sakura Science Exchange Programme’ bagi perkongsian teknologi dan penyelidikan.

Pengarah Program Mobiliti Antarabangsa UTHM ke Jepun, Dr Nickolas Anting Guntor berkata kerjasama berkenaan yang mendapat tajaan daripada Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST) turut melibatkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Nagoya Institute of Technology (NITech) dari Jepun: Vietnam National University (VNU) dari Vietnam dan National University of Laos (NUOL) dari Laos.

“Idea untuk menjalankan kerjasama ini dicetuskan oleh Prof Ir Mohd Fadhil Md Din dari UTM selain penasihat utama program ialah Dr Mitsuhiro Honda dari NITech.

“Selain itu, wakil VNU, Dr Pham Thi Hoa dan wakil NUOL, Oulavanh Sinsamphanh turut terlibat bagi menjayakan kerjasama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pertemuan pertama, kata beliau, berlangsung pada 21 hingga 26 Okt lepas, bertemakan ‘Nanotechnology in Advance Environmental Material’ yang diadakan di NITech, Jepun.

Katanya, menerusi pertemuan tersebut, semua peserta berpeluang melaksanakan kajian seperti ‘spectrophotometry’ untuk mengukur kadar serapan cahaya oleh nano titanium dioksida, pencirian nano titanium dioksida mengunakan mikroskop elektron pengimbasan (SEM) dan fotokatalitik dengan metilena biru.

“Semasa program ini juga kami turut berkongsi pandangan dan juga hasil kajian serta hasil dapatan daripada eksperimen yang telah dijalankan secara individu dan berkumpulan. 

“Satu sesi perbincangan juga telah diadakan untuk menentukan hala tuju selepas program ini, yang mana wakil universiti terlibat bersetuju untuk bekerjasama membentuk satu konsortium nanoteknologi yang akan berpangkalan di UTHM. 

Katanya, kerjasama antarabangsa ini melibatkan kolaborasi lima universiti iaitu NITech–UTHM–UTM–VNU–NUOL, yang dijangka dapat membentuk satu kerjasama padu antara universiti terlibat dalam bidang penyelidikan berkaitan dengan aplikasi nanoteknologi.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel