Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM Tawau tahan lelaki tempatan seludup 40 tong LPG ke Indonesia


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





TAWAU, 8 Nov  -- Seorang lelaki tempatan ditahan disyaki cuba menyeludup 40 tong, yang sebahagiannya berisi gas petroleum cecair (LPG), ke Indonesia.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata suspek berumur 34 tahun itu ditahan di sebuah tempat letak kereta berhampiran Pasar Ikan Tawau kira-kira 6 pagi tadi dengan sebuah lori persendirian.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut menjumpai 40 tong, yang mana 25 berisi LPG manakala 15 lagi masih kosong, disembunyikan di ruang belakang kenderaannya.

"Lelaki berkenaan gagal menunjukkan permit atau surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas kesemua barang kawalan yang dibawanya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Pajeri berkata suspek mengaku tong gas berkenaan untuk diedarkan ke Pulau Sebatik melalui jalan laut dan dipercayai akan diseludup keluar ke Indonesia.

Nilai rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM37,250 dan kes dirujuk ke KPDNHEP cawangan Tawau untuk disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel