Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sidang DUN Pulau Pinang ditangguh


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





GEORGE TOWN,  8 Nov -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung sejak 1 Nov lepas ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sepanjang persidangan enam hari itu, 73 soalan lisan, 662 soalan bertulis dan dua usul serta satu rang undang-undang dikemukakan.

Dua usul iaitu Usul Anggaran Pembangunan tahun 2020 dan Usul Penubuhan Akaun Amanah Perubatan Negeri telah dibahaskan dan diluluskan manakala Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2020 turut dibentang serta dibahaskan sepanjang enam yang lepas.

Usul Penubuhan Akaun Amanah Perubatan Negeri yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy itu digunakan bagi tujuan terimaan peruntukan daripada kerajaan negeri dan bayaran perbelanjaan kemudahan perubatan oleh pejabat setiausaha kerajaan Pulau Pinang.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel