Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dakwaan Sungai Jimah dicemari toksik sedang disiasat - Exco


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





SEREMBAN, 8 Nov -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan sedang menyiasat mengenai dakwaan kes pencemaran Sungai Jimah di Sendayan, yang dikatakan dicemari toksik, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan ringkas di aplikasi WhatsApp ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Hari ini, sebuah video tular di media sosial yang mendakwa sungai terbabit telah dicemari air toksik daripada pusat pengurusan sisa toksik, Kualiti Alam Sdn Bhd (Kualiti Alam).

Hantaran itu juga mendakwa penduduk di kawasan sekitar telah mengalami pening kepala dan muntah akibat bau daripada sungai tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel