Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PH tidak didominasi satu parti - Muhyiddin


Tarikh kemaskini: 08/11/2019





PONTIAN, 8 Nov -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri dan pusat, ditadbir secara bersama dan bukannya dikuasai serta didominasi sesebuah parti sahaja, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata setiap keputusan yang diambil, dilaksanakan atas konsep perbincangan secara bersama-sama.

“Saya nak kata sini, di peringkat pusat, semua keputusan yang kita laksanakan dibuat atas dasar perbincangan, keputusan bersama. Tanggungjawab kolektif. Bukan dibuat satu dua menteri.

“Ataupun Lim Guan Eng (sebab beliau) Menteri Kewangan.. jadi Perdana Menteri dan kami kena ikut. Semua adalah hasil perbincangan yang panjang, macam nak sediakan bajet, bukan dibuat MOF (Kementerian Kewangan) saja, dibentang berapa kali dalam jemaah menteri, dibawa ke parlimen, sedang dibahas,” katanya sewaktu berceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit Haji Othman, Kampung Sri Bunian di sini malam ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata PH adalah sebuah kerajaan yang duduk dan berbincang bersama-sama, demi manfaat dan faedah semua.

“Kerana memang ada usaha dibuat untuk menakutkan orang Melayu. Saya tak rasa canggung, kononnya bila DAP dengan kita (PH), dia kuasai semua. Buat apa dia suka.. Ini tidak benar,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel