Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

30 GRO Vietnam ditahan di Ipoh


Tarikh kemaskini: 09/11/2019





IPOH, 9 Nov -- Seramai 30 wanita warga Vietnam yang menjalankan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen Perak di sebuah kelab malam di Jalan C.M Yusuf di sini, malam tadi.

Pengarah Imigresen negeri Kamalludin Ismail berkata pihaknya menemui kesemua GRO di dua tempat persembunyian termasuk bilik rahsia. 

"Tempat pertama kita temui 28 orang di belakang tempat sembahyang yang mempunyai bilik rahsia. Manakala tempat kedua terdapat dua GRO menyelinap di celah kotak minuman keras," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi malam tadi.

Mengulas lanjut, Kamalludin berkata selain wanita warga Vietnam yang berumur antara 22 hingga 35 tahun itu, turut ditahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki majikan berumur 63 dan 40 tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata hasil risikan yang dijalankan mendapati kelab malam berkenan baru berpindah dan beroperasi di lokasi tersebut selama tiga bulan.

"Kelab malam ini telah berpindah dari Jalan Yang Kalsom, di sana sebelum ini kita telah serbu dan menahan 17 orang GRO serta majikan yang sama," katanya.

Operasi yang dijalankan selama satu jam mulai 11 malam itu melibatkan 17 pegawai Imigresen Perak.

Katanya siasatan awal mendapati kesemua GRO melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas kerja.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel