Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kementerian Sumber Manusia sedia ambil alih proses kemasukan pekerja asing


Tarikh kemaskini: 09/11/2019





IPOH, 9 Nov  -- Kementerian Sumber Manusia sedia mengambil alih proses kemasukan pekerja asing yang ketika ini dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menterinya, M. Kula Segaran berkata bagaimanapun pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Kabinet untuk membuat keputusan.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan KDN kerana itu satu cadangan (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya proses itu dikembalikan kepada kementeriannya).

"Kabinet akan buat keputusan, kalau Kabinet mengarahkan saya mengambil alih (proses berkenaan) pihak kementerian akan ambil alih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program penyerahan mesin dialisis kepada Pusat Dialisis Bercham di sini, hari ini.

Rabu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya mencadangkan agar proses kemasukan pekerja asing yang dikendalikan KDN dikembalikan kepada Kementerian Sumber Manusia.

Latheefa berkata SPRM melihat perlu ada penambahbaikan sistem dalam pengambilan pekerja kerana Kementerian Sumber Manusia lebih tahu berapa banyak pekerjaan sedia ada untuk pekerja asing.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel