Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Melaka giat pantau operasi pusat tahfiz elak insiden tidak diingini


Tarikh kemaskini: 09/11/2019





MELAKA, 9 Nov -- Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) giat memantau operasi semua pusat tahfiz di negeri itu sama ada yang berdaftar atau tidak bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan peraturan atau dengan enakmen kerajaan negeri sedia ada.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata pemantauan itu melibatkan pelbagai aspek antaranya keselamatan premis dan pelajar serta silibus pelajaran yang diguna pakai di pusat tahfiz terlibat selain tidak mempunyai pengaruh yang meragukan dan mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata setakat ini hanya 110 pusat tahfiz berdaftar di negeri itu manakala 11 institusi lagi belum berdaftar dan satu pusat tahfiz telah dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

"Jika dilihat kita masih menggunakan budi bicara untuk pastikan pusat tahfiz yang tidak berdaftar ini segera berdaftar di bawah JAIM agar penambahbaikan dapat dilakukan sekali gus membantu kerajaan negeri dan swasta membangunkan institusi tahfiz di negeri ini.

"Macam kes yang dilaporkan media baru-baru ini berkaitan pusat tahfiz yang meraih RM1.8 juta sebulan di Sebatu, Jasin, RoS telah membatalkan pendaftarannya kerana ia bercanggah dengan beberapa perkara di peringkat negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maylidur Rasul 1441H Peringkat Negeri Melaka 2019 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengoperasian pusat tahfiz haram di negeri itu ekoran insiden seorang pelajar pusat tahfiz yang tidak berdaftar, meninggal dunia dipercayai dipukul di Kampung Kuala Kaung, Lanchang di Temerloh, Pahang pada Khamis.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel