Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JLand sedia baik pulih parkir berbumbung Pangsapuri Seroja


Tarikh kemaskini: 09/11/2019





JOHOR BAHRU, 9 Nov -- Johor Land Berhad (JLand) bersedia membaik pulih parkir berbumbung Pangsapuri Seroja, di Tampoi yang runtuh akibat hujan lebat dan angin kencang, semalam.

Pemaju hartanah itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan walaupun Pangsapuri Seroja telah diserahkan secara rasmi kepada Badan Pengurusan pada 21 Julai 2017, namun pihaknya berpendapat untuk bertanggungjawab dan membantu membaik pulih parkir itu untuk kemudahan dan keselesaan penduduk.

“Tindakan segera bagi kerja-kerja pembersihan dan kawal selia di kawasan yang terjejas sedang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik melalui Badan Pengurusan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, JLand bersama wakil pengurusan bangunan telah melawat kawasan kejadian dan mengesahkan keadaan adalah terkawal dan selamat.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi semalam, parkir berbumbung di Pangsapuri Seroja runtuh dan menghempap 11 kenderaan akibat hujan lebat dan angin kencang bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel