Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut dipercayai lemas di Pantai Air Papan


Tarikh kemaskini: 09/11/2019





MERSING, 9 Nov -- Seorang lelaki maut dipercayai akibat lemas di pesisir Pantai Air Papan di sini, pada tengah hari.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing dalam satu kenyataan di sini, mangsa, Mohd Rizal Payen dari Felda Pasir Raja, Kulai, dipercayai lemas kira-kira 1.30 tengah hari, 50 meter dari gigi air di pesisir pantai berkenaan.

"Seorang saksi yang berada di tempat kejadian memaklumkan insiden berkenaan kepada anggota yang bertugas di menara penyelamat.

"Anggota bertugas bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa dan bertindak membawa mangsa naik ke darat namun (mangsa) dilaporkan tidak sedarkan diri," menurut kenyataan itu.

Bantuan pernafasan (CPR) telah diberikan kepada mangsa ketika dalam perjalanan ke hospital sebelum diberikan rawatan kecemasan ketika di hospital namun disahkan meninggal dunia. 

“Cuaca ketika kejadian dilaporkan cerah dan keadaan air tenang," menurut APM Mersing.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel