Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pendaftaran untuk Program Khatan Perdana Perlis sudah dibuka


Tarikh kemaskini: 09/11/2019





KANGAR, 9 Nov -- Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki untuk dikhatankan di bawah Program Berkhatan Perdana Negeri Perlis 2019 boleh mendaftar nama anak mereka sekarang.

Kenyataan Unit Pembangunan Komuniti (UPK), Pejabat Menteri Besar di sini memberitahu borang pendaftaran boleh diperoleh dari pejabat UPK dan perlu diisi dan dikembalikan kepada unit berkenaan pada atau sebelum 20 Nov ini.

Program tahunan itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri secara percuma untuk meringankan beban ibu bapa terutama dari keluarga yang kurang kemampuan.

Borang-borang yang telah diisi hendaklah dikembalikan di pejabat UPK, Jalan Penjara di sini atau di mana-mana Pusat Khidmat Wakil Rakyat Perlis.

Menurut kenyataan itu lagi, tarikh berkhatan ditetapkan pada 25 hingga 30 November dan antara 2 hingga 6 Disember setiap hari bertempat di Wad Kelas 1 lama, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pejabat UPK pada talian 04-9782514 waktu pejabat antara pukul 8 pagi hingga 5 petang atau datang terus ke pejabat berkenaan di alamat No. 413, Jalan Penjara di sini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel