Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kempen kesedaran keselamatan aktiviti air tingkat kesedaran bahaya di kawasan berisiko


Tarikh kemaskini: 10/11/2019





LANGKAWI, 10 Nov -- Kempen kesedaran keselamatan aktiviti air akan bertindak sebagai platform pendidikan asas keselamatan dan kesedaran mengenai bahaya aktiviti air di lokasi tumpuan ramai, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata bagi tujuan itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti kawasan berisiko tinggi untuk diberi tumpuan bagi tujuan keselamatan sepanjang cuti persekolahan.

Katanya Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) juga telah melaksanakan penilaian di kawasan berisiko tinggi bagi tujuan pemasangan papan tanda keselamatan yang mematuhi piawaian antarabangsa.

"Peralatan Menyelamat Nyawa (LiSA) akan ditempatkan di kawasan  yang sering berlaku tragedi dan kemalangan termasuk kawasan tumpuan pelancong. LiSA akan memudahkan pengunjung sekiranya berlaku kecemasan ada siren yang akan berbunyi seterusnya penyelamat  akan datang menyelamat.

Selain itu papan tanda amaran dengan menggunakan simbol-simbol ISO 20712 mengikut piawaian  antarabangsa supaya pengunjung lebih peka serta berhati-hati apabila beriadah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air 2019 di Dataran Cenang di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kedah Tan Kok Yew, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mary Wong Lai Lin dan Pengarah JBPM Kedah Sayani Saidon.

Selain Pantai Cenang, majlis pelancaran serentak turut diadakan di dua lokasi lain iaitu Teluk Cempedak, Pahang dan Pantai Awam Desaru, Johor.

Kempen kesedaran keselamatan aktiviti air menyasarkan golongan kanak-kanak, remaja dan belia???, bagi menjayakan usaha tersebut taklimat akan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah terutama beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel