Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Loji insinerator Langkawi beroperasi pertengahan bulan depan


Tarikh kemaskini: 10/11/2019





LANGKAWI, 10 Nov  -- Loji insinerator berharga RM200 juta di Kampung Belanga Pechah, Jalan Ayer Hangat, di sini dijangka beroperasi semula pertengahan bulan depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata jaminan tersebut diberikan oleh operator loji pembakaran sampah itu semasa lawatannya ke loji tersebut hari ini.

"Tadi saya telah melawat loji insinerator tersebut untuk melihat status terkini selepas tertunda beberapa kali untuk beroperasi disebabkan beberapa perkara teknikal yang tidak dapat dielakkan. 

"Semasa lawatan tadi kita lihat insinerator itu telah dipasang dan kini hanya menunggu beberapa bahagian lagi sebelum disiapkan, saya telah arahkan operator supaya percepatkan proses itu dan dijangka pertengahan Disember ini loji tersebut akan mula beroperasi," katanya kepada pemberita di sini.

Ketika ditanya sama ada operator loji insinerator akan didenda berikutan operasi yang tertangguh biarpun sudah beberapa kali diberi peluang, Zuraida berkata cadangan tersebut akan dipertimbangkan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel