Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga wanita termasuk dua beradik lemas


Tarikh kemaskini: 10/11/2019




JOHOR BAHRU, 10 Nov  -- Tiga wanita termasuk dua beradik mati lemas ketika mandi di Pantai Batu Layar, Desaru dekat Kota Tinggi, di sini petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata Siti Hajjar Adila Mohd Rohim, 25, dan adiknya Ummu Sulaiin Mohd Rohim, 23, serta seorang lagi wanita Asiah Abdul Rahman, 41, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata lapan anggota bomba dari Pasukan Tindakan Kecemasan bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan, dan sebaik tiba kira-kira pukul 5.30 petang, jasad ketiga-tiga wanita itu didapati telah dinaikkan ke pantai oleh orang ramai.

“Ketiga-tiganya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian yang meragut tiga nyawa wanita berkenaan dan menurutnya ketiga-tiga mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel