Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita maut dipercayai terjatuh dalam perigi


Tarikh kemaskini: 10/11/2019





JOHOR BAHRU, 10 Nov  -- Seorang wanita maut selepas dipercayai  terjatuh ke dalam sebuah perigi di Sengkang Batu 20, Bukit Gambir dekat Tangkak awal pagi ini.

Pegawai Operasi Bomba dari balai Bukit Gambir, Jahairi Shukor berkata Saridah Bunawan, 59, yang dikeluarkan dari dalam perigi itu oleh anggota keluarganya sendiri, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata sembilan anggota bomba dari balai Bukit Gambir bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 7.47 pagi, dan mendapati mayat sudah dikeluarkan dari perigi itu.

“Operasi ditamatkan pada pukul 8.27 pagi dan mayat wanita itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel