Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PH parti saksama, benar-benar berbilang kaum - Saifuddin


Tarikh kemaskini: 10/11/2019





 

PONTIAN, 10 Nov  -- Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah parti gabungan yang mengamalkan sistem kesamarataan dan saksama antara satu sama lain, dengan anggota pentadbiran kerajaannya yang benar-benar berbilang kaum.

Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata selepas PH berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas, pentadbiran parti gabungan itu sentiasa meletakkan parti komponennya terdiri daripada PKR, Bersatu, DAP dan Amanah, memegang jawatan tertentu secara adil dan seimbang.

Malah, katanya perkara ini adalah bukti bahawa PH mengamalkan sistem pentadbiran yang mementingkan perpaduan kaum serta menghormati antara satu sama lain.

"PH adalah parti yang saksama. Apabila kita menang pada PRU14, memang jumlah kerusi Ahli Parlimen dalam empat parti PH tak sama...PKR paling banyak, nombor dua DAP, nombor tiga Bersatu dan (keempat) Amanah.

"Macam mana kita (PH) nak seimbangkan, apabila kita melantik ahli Dewan Negara kita cuba seimbangkan. Contohnya parti yang paling banyak kerusi dalam Dewan Rakyat adalah PKR, apabila lantik Senator pula, kita tidak lantik terlalu ramai daripada PKR...kita seimbangkannya dengan melantik Senator daripada DAP, Amanah dan Bersatu,” katanya pada ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, di sini malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 Nov, manakala undi awal pada 12 Nov ini.

PRK itu menyaksikan pertandingan enam penjuru melibatkan calon PH Karmaine Sardini, Datuk Seri Wee Jeck Seng mewakili Barisan Nasional,  calon Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, Wendy Subramaniam mewakili Gerakan serta dua calon bebas iaitu Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel