Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembuli jalan raya ditahan polis di Johor


Tarikh kemaskini: 11/11/2019





JOHOR BAHRU, 11 Nov -- Seorang lelaki ditahan polis dipercayai terlibat dalam kes buli jalan raya terhadap seorang pemandu wanita dalam kejadian yang berlaku di Jalan Johor Jaya Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata, bertindak atas maklumat, 'pembuli' berumur 27 tahun itu berjaya ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di Permas Jaya untuk membantu siasatan.

"Satu laporan polis diterima IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Seri Alam Jumaat lalu oleh seorang perempuan berusia 26 tahun di Balai Polis Johor Jaya menyatakan kira-kira 8.30 pagi semasa mangsa memandu di Jalan Johor Jaya, keretanya telah dipotong oleh sebuah kereta lain dari sebelah kiri lalu berhenti di hadapan kereta mangsa. 

"Seorang lelaki bertindak turun dari kereta dan datang ke arah mangsa lalu memarahi dan memaki mangsa selain mengambil gambar mangsa mengunakan telefon bimbitnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lelaki berkenaan kini ditahan di bawah Seksyen 506/509 Kanun keseksaan untuk membantu siasatan.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook sebuah video berdurasi empat minit 28 saat memaparkan pemandu kereta mewah jenis Audi bertindak menghalang kereta seorang wanita di tengah jalan raya dan memarahi dan memaki wanita tersebut.

Turut kedengaran dalam video itu wanita berkenaan yang dipercayai sedang mengandung turut menangis kerana ketakutan.

Lelaki itu kemudiannya mengambil gambar mangsa sebelum menunjukkan isyarat lucah dan beredar.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel