Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB


Tarikh kemaskini: 11/11/2019





SHAH ALAM, 11 Nov -- Semua Exco kerajaan Selangor termasuk menteri besar, diwajib mengisytiharkan harta masing-masing sebagai usaha menyokong amalan budaya kerja yang bersih, telus dan kompeten, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata langkah mewajibkan pengisytiharan harta itu bagi memastikan akauntabiliti dan integriti barisan kepimpinan kerajaan negeri berkenaan terus terpelihara.

“Perkara ini telahpun dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Ikrar Bebas Rasuah yang melibatkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam pada 19 Ogos lepas,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan Michelle Ng Mei Sze (DAP-Subang Jaya) sama ada kerajaan Selangor bakal mengikut jejak langkah ahli Parlimen untuk mengisytiharkan harta.

Amirudin berkata kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan cadangan SPRM supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor turut mengisytiharkan harta mereka kerana ia dilihat praktikal untuk dilaksanakan.

“Bagaimanapun kerajaan negeri akan meneliti terdahulu perkara itu berikutan kebanyakan ADUN Selangor tidak terlibat dalam kuasa eksekutif. Kita akan laksanakan cadangan ini mengikut kesesuaian supaya pelaksanaannya bersifat holistik,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel