Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta


Tarikh kemaskini: 11/11/2019




BUTTERWORTH, 11 Nov -- Sebanyak 22 buah sekolah di Parlimen Bagan, di sini telah dan akan dibaik pulih dengan anggaran peruntukan RM10 juta dalam tempoh lima tahun sejak tahun lepas.

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata kerja-kerja baik pulih itu melibatkan semua sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan menengah yang uzur serta daif di dalam kawasan parlimen itu.

"Sekolah-sekolah itu telah uzur dan daif sejak 15 tahun lepas, jadi saya sebagai Ahli Parlimen bersetuju untuk menyalurkan peruntukan bagi membaik pulih 22 buah sekolah berkenaan supaya ia lebih selesa kepada murid-murid serta guru di situ.

"Setakat ini lima buah sekolah telah siap dibaik pulih iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Jermal, SK Sungai Puyu, SK Bagan Tuan Kechil, SK Mak Mandin dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Mandin," katanya kepada pemberita selepas melawat kerja-kerja naik taraf infrastruktur di SK Bagan Jermal, di sini hari ini.

Sebanyak RM228,800 diperuntukkan kepada SK Bagan Jermal bagi membaik pulih bumbung bangunan Pra Sekolah dan stor sukan serta naik taraf tandas dan tempat mengambil wuduk.

Lim yang juga Menteri Kewangan berkata semua kerja-kerja menaik taraf sekolah daif dan uzur itu dijalankan melalui kontraktor dilantik secara tender terbuka.

Katanya kerja-kerja baik pulih itu termasuk menambah baik dan menyelenggara sistem pendawaian elektrik yang telah lama dan menaik taraf tandas.

"Selain 22 buah sekolah itu, kemungkinan lebih banyak sekolah di parlimen Bagan yang akan dibaik pulih lagi pada masa hadapan bergantung kepada peruntukan yang ada," katanya.

Sementara itu, Lim berkata Kerajaan Persekutuan turut menjalankan kerja baik pulih sekolah-sekolah uzur dan daif di seluruh Malaysia bagi memastikan ia selamat serta selesa kepada pelajar-pelajar.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel