Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan


Tarikh kemaskini: 12/11/2019





LABUAN, 12 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki warga New Zealand dijumpai mati dengan kesan kecederaan di bahagian atas dan belakang kepalanya di jeti marina Labuan pada tengah hari Ahad.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata  Barry James Stanley, 63, bertugas sebagai guru sambilan di Brunei, tiba di jeti itu kira-kira 12 tengah hari dari Brunei bersama-sama rakan senegaranya dengan menaiki kapal layar.

Beliau berkata rakan si mati, Alistair Charles Muir, membantunya mengikat kapal layar itu untuk berlabuh, sebelum pergi makan tengah hari di sebuah hotel berhampiran.

Bagaimanapun, Muhamad Farid berkata Muir terkejut apabila mendapati Stanley, yang memakai seluar pendek dan baju-T, terbaring di laluan jeti itu dengan mulut berdarah, sekembalinya dari makan tengah hari kira-kira 2 petang.

"Dia menjerit meminta tolong daripada pengawal keselamatan di pondok pengawal berhampiran dan dengan bantuan seorang warga Brunei, mereka memberi bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa tetapi gagal.

"Apabila ambulans tiba 15 minit kemudian, mangsa dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada 2.45 petang," katanya.

Pemeriksaan awal menunjukkan terdapat kesan geseran pada siku tangan mangsa. Siasatan diteruskan dan punca kematian belum dikenal pasti.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kanak-kanak dua tahun maut dipercayai ditikam bapa saudara

 
     

Kanak-kanak OKU catat rekod MBR, sertai kayuhan rentas sempadan 222.2km

 
     

Taktik sembunyi dadah bernilai RM1 juta dalam timbunan tanah tumpas

 
     

Pelancong penuhi lokasi menarik di Langkawi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel